Thursday, September 9, 2010

Kita ini Tetamu Allah

       Setiap perkerjaan yang aku laku kan demi untuk mencari kebahagian dunia dan akhirat sering ada sahaja halangan ,selalu nya halangan ini membuat aku lebih berani untuk mencuba,,prinsip saya percaya pada diri sendiri.da berserah pada Allah ..walaupun teman rapat saya sering menemplak apa yang saya rancangan,,
      Hampir 5 tahun saya membuka perniagaan sampingan dengan bermodalkan duit gaji dan simpanan dengan membuka bengkel kereta dan memcuci kereta ,,alhamdulillah dapat saya menampung perbelanjaan keluarga dan menabung demi masa depan ..
     Setelah dapat taste tentang perniagaan saya ,, berbagai tohmahan dan kata kata sindiriran bermacam macam yang tidak sedap saya dengar ,yang mengembirakan asam garam buat saya.kalau sekali itu tidak menjadi kudis buat saya,, soalnya setiap hari ,,saban minggu ada sahaja kata kat perli dari mulut yang tiada insuran ( bahasa orang muda).selalunya bahasa ini kalau diamati nya kurang enak dan terguris juga sekiranya pada hari itu angin tidak baik,,entah mengapa saya ini  jenis orang yang sensitif dan mudah merajuk..
kerja banyak boleh sampai kan keluarga diabaikan..lepas ni bolehlah pikul duit kerja ngan abang ko!!.bisnes tak seberapa sampai kan solat dilambatkan,semenjak kerja bengkel jarang makan angin lagi.. dah kerja part time adanya hari Sabtu Ahad je ,,masa tu lah saya gunakan sebaiknya,, untuk melayan pelanggan .
     Semenjak bisnes saya agak maju ,,kadang saya terfikir sampai bila saya nak macam ni!!apa yang dibuat nya serba tidak kena ,, ada saja kekuranagan ,, hati ku sering resah ,,tak tau kenapa,, saya sering bangun malam bermunajat pada Allah berdoa,, cuma belum dimakbul sahaja dengan Allah.
Pada suatu pagi sabtu saya menerima pelanggan Kereta Mini Cooper kata nak membaiki lantai dan membuat sedikit kerja naikpulih,, okay kata lah 3 hari nanti saya siapkan,berjanji pada pelanggan hari Selasa petang saya siapkan dia mengangguk tanda setuju.
    Pada malam Isnin sekitar jam 9 malam,, saya menelipon pelanggan tersebut ,3kali panggilan tidak dijawab nya,, benggang betul ,masuk kali ke4 barulah dijawab itu pun sambil tergesa gesa katanya,,alasan nya dia sedang mengikuti pengajian kelas membaca alquran .
    esok nya saya terus berjumpa pelanggan tersebut dan bertanyakan,, aku ada peluang tak nak ikut? ujar ku.
petang tu saya pulang awal kerana membuat persiapan kerana sudah berjanji dengan rakan saya tu,selalu setiap petang terus ke bengkel kereta ,hari itu saya abaikan sahaja,,,
Lambat betul jam830pm hati ku berdebar debar sambil menunggu pangilan talipon rakan saya..setelah menerima message dan pesan pada isteri saya kemana hala tuju saya,, saya terus pergi ke kelas pengajian tanpa menoleh lagi,Selesai mendaftardan solat Isyak giliran saya untuk diuji oleh Uztad Zul dari Subangjaya.
Betul betul aku buta Alquran..pesan uztard tu jangan segan mencari ilmu ni adalah fardhu kifayah ,kalau kita mati pun mati syahid dan Allah akan ampunkan dosa ibubapa semasa kita menuntut ilmu.Nasihat  ini membuat aku lebih yakin dan bersemangat,sehinggalah 6 bulan masa berlalu dan 2 tahun lepas begitu sahaja.
     Alhamdulillah saya telah lancar membaca dan memahami setiap hukum serta tajuwid tanpa segan dan tergagap gagap semasa membaca Alquran .Tanpa saya sedari seorang uztard dari Semarang menyayangi dan mengkagumi saya kerana  tempuh itu saya dapat mengikuti tanpa bercuti dan rasa jemu,,
Saya dipindahkan ke kelas lanjutan bersama dengan rakan yang telah lama belajar..Syukran..syukran ..saya merasa tahap pembelajaran belum memuaskan lagi,,Setahun saya mengikuti kelas tersebut ..kebetulan pada bulan itu Ramadhan akan menjelang uztard berpesan cubalah membaca bersama ahli jemaah bertadarus dimana sahaja.Jemaah pada mulanya agak hairan,masuk malam kedua kebetulan pak imam ketua tadarus tidak hadir, nampaknya masing masing bertolak siapa yang patut dibuat rujukan.Saya memberanikan diri ,,kita cubalah ,, masing masing tunjuk kan lah  ujar saya.
       Masuk malam ke10 saya menegur cara bacaan rakan saya dan menerangkan setiap hukum tajuwid nya.Pak imam berkeyakinan dengan saya,,sehingga habis 30hari saya bertadarus ,,alangkan gembiranya hati saya dan saya menangis apabila Ramadhan pergi meninggalkan saya ,,apakah aku akan jumpa ramadhan akan datang,,rupanya itulah nikmat Allah yang tidak terhingga,,
      Tahun 2000 saya menjual salah satu kereta kesayangan saya mini clubman wagon ..duit saya daftarkan untuk menunaikan umrah bersama Jabar Nur.Setelah saya bersedia untuk pergi sedikit perbelanjaan untuk sekeluarga ,duit dalam poket cuma RM150 sahajalah ujar ku.Cukuplah makan minum agensi sudah sediakan
untuk ole ole sekiranya rezeki ku ada ,,adalah..
Semasa saya berangkat keKLIA ramai kaum keluarga jiran sahabat bersalaman dengan saya,maklumlah nak pergi jauh katakan.tidak semena air mata saya menitis mengalir seakan tiada penahan..aku tabah kan juga.
Setelah solat musafir ibubapa saya bersalaman juga berpesan doakan mak bapa untuk pergi kesana,, sekali lagi sayu hati ku,,
Jam 5pm SaudiAir terbang membawa aku ke destinasi Madinah selama 9jam tanpa henti,,setelah mengalami waktu magrib,isyak Subuh ,,tak sampai2 jauh nya ye,,rupanya jam930pm saya mendarat di Jeddah setelah urusan visa saya selesai,saya dan jemaah lain pergi ke madinah ..sehinggalah tamat untuk berangkat Masjidil Haram .. sampai juga saya memijak bumi para rasul rasul dan anbiya .. dan saya luangkan masa bersama Alquran setiap kali ada kelapangan dan kesunyian ,,dia teman aku sehingga aku digelar Uztard pada rakan sekerja sehingga hari ini. 
   Setelah 3 Tahun selepas kematian kakak sulong saya ,ibubapa menjejak kakinya di tanah haram sebagai panggilan haji hajah ,anak saya yang sulong mendapat tempat dalam pelajaraan seterusnya anak anak yang lain.Saya pun tidak kedekut dan tamak bila saya rezeki  melimpah ,saya kongsikan pada orang yang mmerlukan anak anak orang susah.masjid ..tapi,,,,,,,,,,,,teman saya sering mempertikaikan kemana duit saya sering tidak mencukupi ,, bila mengalami kesusahan ,,saya berpesan jangan salah anggap pada orang dan bersyukur kita sudah lebih mencukupi ,,yang itu hak dia ,, sampaikan derma masjid pun dipertikai.. bantu orang pun dipertikai,, beli baju untuk beribadat pun salah,, pada Allah sahaja saya mengadu,, sekarang sudah 47 tahun ,,mungkin akan pencen ,,kalau sempat.. tak sempat teman saya tu ko ambil lah KWSP tu .saya  dah bahagi bahagikan mengikut Faraaid .. ibubapa saya pun dah aku tulis sekali ..untuk anak anak ..pun ada ..   
     Kita ini jangan tamak dan berbelanja memgikut kemampuan ,,jangan tiru orng ..susah nanti..ukur baju biarlah dibadan sendiri ,,, muga saya masih sehat semasa saya pencen 8 tahun lagi,, sekian



    

No comments:

Post a Comment