Thursday, September 9, 2010

Kita ini Tetamu Allah

       Setiap perkerjaan yang aku laku kan demi untuk mencari kebahagian dunia dan akhirat sering ada sahaja halangan ,selalu nya halangan ini membuat aku lebih berani untuk mencuba,,prinsip saya percaya pada diri sendiri.da berserah pada Allah ..walaupun teman rapat saya sering menemplak apa yang saya rancangan,,
      Hampir 5 tahun saya membuka perniagaan sampingan dengan bermodalkan duit gaji dan simpanan dengan membuka bengkel kereta dan memcuci kereta ,,alhamdulillah dapat saya menampung perbelanjaan keluarga dan menabung demi masa depan ..
     Setelah dapat taste tentang perniagaan saya ,, berbagai tohmahan dan kata kata sindiriran bermacam macam yang tidak sedap saya dengar ,yang mengembirakan asam garam buat saya.kalau sekali itu tidak menjadi kudis buat saya,, soalnya setiap hari ,,saban minggu ada sahaja kata kat perli dari mulut yang tiada insuran ( bahasa orang muda).selalunya bahasa ini kalau diamati nya kurang enak dan terguris juga sekiranya pada hari itu angin tidak baik,,entah mengapa saya ini  jenis orang yang sensitif dan mudah merajuk..
kerja banyak boleh sampai kan keluarga diabaikan..lepas ni bolehlah pikul duit kerja ngan abang ko!!.bisnes tak seberapa sampai kan solat dilambatkan,semenjak kerja bengkel jarang makan angin lagi.. dah kerja part time adanya hari Sabtu Ahad je ,,masa tu lah saya gunakan sebaiknya,, untuk melayan pelanggan .
     Semenjak bisnes saya agak maju ,,kadang saya terfikir sampai bila saya nak macam ni!!apa yang dibuat nya serba tidak kena ,, ada saja kekuranagan ,, hati ku sering resah ,,tak tau kenapa,, saya sering bangun malam bermunajat pada Allah berdoa,, cuma belum dimakbul sahaja dengan Allah.
Pada suatu pagi sabtu saya menerima pelanggan Kereta Mini Cooper kata nak membaiki lantai dan membuat sedikit kerja naikpulih,, okay kata lah 3 hari nanti saya siapkan,berjanji pada pelanggan hari Selasa petang saya siapkan dia mengangguk tanda setuju.
    Pada malam Isnin sekitar jam 9 malam,, saya menelipon pelanggan tersebut ,3kali panggilan tidak dijawab nya,, benggang betul ,masuk kali ke4 barulah dijawab itu pun sambil tergesa gesa katanya,,alasan nya dia sedang mengikuti pengajian kelas membaca alquran .
    esok nya saya terus berjumpa pelanggan tersebut dan bertanyakan,, aku ada peluang tak nak ikut? ujar ku.
petang tu saya pulang awal kerana membuat persiapan kerana sudah berjanji dengan rakan saya tu,selalu setiap petang terus ke bengkel kereta ,hari itu saya abaikan sahaja,,,
Lambat betul jam830pm hati ku berdebar debar sambil menunggu pangilan talipon rakan saya..setelah menerima message dan pesan pada isteri saya kemana hala tuju saya,, saya terus pergi ke kelas pengajian tanpa menoleh lagi,Selesai mendaftardan solat Isyak giliran saya untuk diuji oleh Uztad Zul dari Subangjaya.
Betul betul aku buta Alquran..pesan uztard tu jangan segan mencari ilmu ni adalah fardhu kifayah ,kalau kita mati pun mati syahid dan Allah akan ampunkan dosa ibubapa semasa kita menuntut ilmu.Nasihat  ini membuat aku lebih yakin dan bersemangat,sehinggalah 6 bulan masa berlalu dan 2 tahun lepas begitu sahaja.
     Alhamdulillah saya telah lancar membaca dan memahami setiap hukum serta tajuwid tanpa segan dan tergagap gagap semasa membaca Alquran .Tanpa saya sedari seorang uztard dari Semarang menyayangi dan mengkagumi saya kerana  tempuh itu saya dapat mengikuti tanpa bercuti dan rasa jemu,,
Saya dipindahkan ke kelas lanjutan bersama dengan rakan yang telah lama belajar..Syukran..syukran ..saya merasa tahap pembelajaran belum memuaskan lagi,,Setahun saya mengikuti kelas tersebut ..kebetulan pada bulan itu Ramadhan akan menjelang uztard berpesan cubalah membaca bersama ahli jemaah bertadarus dimana sahaja.Jemaah pada mulanya agak hairan,masuk malam kedua kebetulan pak imam ketua tadarus tidak hadir, nampaknya masing masing bertolak siapa yang patut dibuat rujukan.Saya memberanikan diri ,,kita cubalah ,, masing masing tunjuk kan lah  ujar saya.
       Masuk malam ke10 saya menegur cara bacaan rakan saya dan menerangkan setiap hukum tajuwid nya.Pak imam berkeyakinan dengan saya,,sehingga habis 30hari saya bertadarus ,,alangkan gembiranya hati saya dan saya menangis apabila Ramadhan pergi meninggalkan saya ,,apakah aku akan jumpa ramadhan akan datang,,rupanya itulah nikmat Allah yang tidak terhingga,,
      Tahun 2000 saya menjual salah satu kereta kesayangan saya mini clubman wagon ..duit saya daftarkan untuk menunaikan umrah bersama Jabar Nur.Setelah saya bersedia untuk pergi sedikit perbelanjaan untuk sekeluarga ,duit dalam poket cuma RM150 sahajalah ujar ku.Cukuplah makan minum agensi sudah sediakan
untuk ole ole sekiranya rezeki ku ada ,,adalah..
Semasa saya berangkat keKLIA ramai kaum keluarga jiran sahabat bersalaman dengan saya,maklumlah nak pergi jauh katakan.tidak semena air mata saya menitis mengalir seakan tiada penahan..aku tabah kan juga.
Setelah solat musafir ibubapa saya bersalaman juga berpesan doakan mak bapa untuk pergi kesana,, sekali lagi sayu hati ku,,
Jam 5pm SaudiAir terbang membawa aku ke destinasi Madinah selama 9jam tanpa henti,,setelah mengalami waktu magrib,isyak Subuh ,,tak sampai2 jauh nya ye,,rupanya jam930pm saya mendarat di Jeddah setelah urusan visa saya selesai,saya dan jemaah lain pergi ke madinah ..sehinggalah tamat untuk berangkat Masjidil Haram .. sampai juga saya memijak bumi para rasul rasul dan anbiya .. dan saya luangkan masa bersama Alquran setiap kali ada kelapangan dan kesunyian ,,dia teman aku sehingga aku digelar Uztard pada rakan sekerja sehingga hari ini. 
   Setelah 3 Tahun selepas kematian kakak sulong saya ,ibubapa menjejak kakinya di tanah haram sebagai panggilan haji hajah ,anak saya yang sulong mendapat tempat dalam pelajaraan seterusnya anak anak yang lain.Saya pun tidak kedekut dan tamak bila saya rezeki  melimpah ,saya kongsikan pada orang yang mmerlukan anak anak orang susah.masjid ..tapi,,,,,,,,,,,,teman saya sering mempertikaikan kemana duit saya sering tidak mencukupi ,, bila mengalami kesusahan ,,saya berpesan jangan salah anggap pada orang dan bersyukur kita sudah lebih mencukupi ,,yang itu hak dia ,, sampaikan derma masjid pun dipertikai.. bantu orang pun dipertikai,, beli baju untuk beribadat pun salah,, pada Allah sahaja saya mengadu,, sekarang sudah 47 tahun ,,mungkin akan pencen ,,kalau sempat.. tak sempat teman saya tu ko ambil lah KWSP tu .saya  dah bahagi bahagikan mengikut Faraaid .. ibubapa saya pun dah aku tulis sekali ..untuk anak anak ..pun ada ..   
     Kita ini jangan tamak dan berbelanja memgikut kemampuan ,,jangan tiru orng ..susah nanti..ukur baju biarlah dibadan sendiri ,,, muga saya masih sehat semasa saya pencen 8 tahun lagi,, sekian



    

Sunday, September 5, 2010

satu suratan atau kebetulan

        Semasa dibangku sekolah lagi saya cukup minat dengan mata pelajaran sastera idola saya A Samad Said ,
kalau cikgu clasa tak datang masuk class ,,saya cukup menyinga sekali ,, ialah saya malam tu dah baca jalan cerita ,,alih alih cikgu lak buat hal,sebagai mengisi masa lapang ,saya selalu nya berbincang dengan rakan rakan sekelas .. dan membuat perancangan habis sekolah nak buat apa,,, masing masing dengan cita cita nya,, 
dalam pada tu rakan saya Maria ulfa kenalkan dengan sepupunya yang bersekolah di Sek Men Assunta PJ,
saya pun turuti kata kawan saya tu,,rupanya sepupu maria saudara kembar kakak Hazlini adek Hazlin..

     Saya pun berutus surat setiap kali ada kelapangan masa belajar ..hampir 2 tahun tidak ku sedari masa berlalu.
saya pun bertukar gambar ialah orang sedang dilanda cinta monyet..setiap minggu ada saja kiriman buat saya ,,selalu surat dari abang posmen ,,tentu nya dari dari Hazlini   tidak salah tekaan saya..
emak saya dapat menghidu persahabatan saya,",alah mak kawan sekolah je ujar saya,, "
Habis form 5 saya melangkah kaki di mencari kerja asal halal dan dapat gaji.selama ni jarag pegang duit sendiri.
setelah saya berkerja dikawasan PJ cuba cuba lah mencari alamat kawan saya tu,, ternyata tidak sia sia,
cuma saya malu nak berjumpa, orang kampong macam saya nak berkawan pulak dengan orang bandar ..
usahkan rupa harta pun jauh sekali,, umpama jauh panggang dari api.
saya pun termenung untuk talipon sekali boleh lah ,,masa tu public sahaja ...sambil menghirup teh panas di sebuah gerai di Jaya Supermarket ( dah robohkan) terbaca artikel Pengambilan Pelajar Mara IKM.
dengan tidak semena2 saya terus mengambil cuti sehari dan mengisi borang IKM,alhamdulilah permohonan saya diterima tahun 1983 sah saya memjadi pelajar fressie mara Melaka  dalam jurusan automobil spray painting selama 2 tahun.Selama saya belajar kebetulan rakan saya mempunyai nama yang sama dengan Hazlini cuma beza nya lelaki adik dia pulak Hazlin ,,macam nama kawan saya pulak ,,
Masa cepat berlalu 2 tahun sudah ku harungi ,, kebetulan Dr Mahathir PM masa tu melancarkan dasar pandang ke timur ,, saya batch pertama dihantar ke negara terbit sebagai pelajar di kilang Mitsubhisi.Sebelum saya terbang sempat buat panggilan kerumah nya,, ternyata hampa ,,
     6 bulan bukan lah masa lama, jumpa pulak rakan seperjuangan dari Kelantan dengan misi yang sama,
sekali lagi nama Hazlini Hazlin,Hakkam Hakimi.Halimi..Halim.. saya cuba mencari album lama foto hazlini masih saya simpan 13 june 1966 birthday dia  ..
Projek gergasi kereta Msia diPuchong Selangor telah berjaya mengeluarkan model pertama Proton Saga..
berwarna putih mutiara kebanggaan negara ,, sekali tu saya menyemak album lama sekali lagi minah PJ ni ujud dalam kehidupan saya ,, tapi dimana ye.. saya sendiri pun tak tau,, hidup ke lagi minah ni????.bulan berganti tahun ,,tahun berganti musim,banyak sudah model proton di keluarkan sehinggalah Exora dan yang terakhir mungkin Teruja model Mitsubhisi ,,rupa sudah 25 tahun saya bertugas di Proton ..cepat nya masa berlalu ,,bukan masa yang pendek jika di fikirkan,,bermacam 2 ranjau sudah ku lalui..
     Setiap kali saya melalui jalan No 9 SS5B/8 teringat akan minah ni ,,setiap kali itu lah saya  berdoa ,mudahan kawan saya ni panjang umur ,berpangkat dan hidup senang dan saya dapat bertemu dengan beliau .
.Dunia semakin changgih computer dihasilkan ujud facebook ,saya beranikan diri untuk mendaftar ,, hampir 3bulan sering melayari facebook melalui Laptop saya dimana sahaja bila ada kesempatan..
Tiba tiba terpandang akan nama hazlin asal PJ sekolah assunta 1983.. semak 2 Dr Hazlin Lockman ,,cuba add dia .. 2hari dapat jawapan ternyata betul sekali ,, tak salah dialah  selama ini saya cari cari selama 32 tahun ..kawan saya sudah berpangkat berkedudukan tinggi bergelaran,,, Datin Hazlini ,,  dia pun sudah berumahtangga 4 orang anak sama saperti saya juga bahgia dengan 5 orang anak ,,rupanya dia pun ada mencari dimana saya selama ini menghilang,,
 Syukur saya pada Allah swt rupanya doa saya selama ini telah di makbulkan ..
harapan saya dengan menjelang nya idul fitri harapan saya untuk bertemu dengan Datin Haz ,,menjadi kenyataan,,

Saturday, September 4, 2010

bermula dengan diri sendiri.......

aku dilahir dari family orang sederhana susah 47 tahun lalu,, disebuah pekan hujung Selangor.tamat saja bangku sekolah kebangsaan ,,aku mengorak langkah ke sek men dengan harapan orang tua ku supaya aku menjadi orang berpangkat dan berjawatan ,, sebabnya pakcik2 saya pun mempunyai live yang membanggakan masa tu sekitar tahun1980an,nak dijadikan cerita lak ,bapa saya ni kan bukan kisah sangat tentang pelajaran saya ,,
orang tak berharta macam saya ni segan nak berkawan orang bandar bila mana ada aktiviti sekolah selalu saya tolak bermacam2 alasan ,,sebenar saya tidak punyai pakaian yang sesuai bila ada koku,,
apa lagi nak membeli buku tambahan SRP masa tu.. tuisyen jauh sekali..dalam diam2 saya bernekad apa saja asal saya lulus  periksa..Allah uji aku gagal periksa SRP ,,dunia gelap ,,ialah mana aku nak tuju tanpa kelulusan..
aku memohon belajar ulang diterima ,,gembira bukan kepalang,,
seperkara dalam kehidupan saya tidak dapat dilupakan sehingga kini saya disindir oleh saudara mara sebelah ayah saya ,,kau datang sini buat apa? nak pinjam apa?buat apa ko kemari seribu soalan yang belum sempat  saya jawab,, terkedu lidah saya ,,lantas saya pulang kerumah tanpa memberitahu kedua orang tua saya,,
saya menangis ditepi simpanan padi sebelahan rumah saya.setelah saya puas menangis saya berjanji akan bangun dari anggapan dan kemiskinan dan keturunan..saya merantau ke PJ kerja sebagai buruh dengan gaji RM400.. besar giler waktu tu,,6 bulan saya pulang kekampong ..dengan harapan untuk bertemu orang tua saya,, macam2 cerita saya dengan mengapa tak singgah rumah dah sombong pulak,,dah singgah ngapa tak naik rumah ,,dah naik rumah ,,aii duduk kat lantai lak,,setelah 20 tahun saya berkhidmat dengan syarikat kereta gergasi Msia saya menyambung belajar sebab budget syarikat lagi pun senang naik pangkat ,,pengalaman ada sijil taada pun susah jugak,,alhamdulilah pertama kali saya menjejaki kemenara gading UUM .. setelah hampir 2 tahun saya menghambakan diri dengan module2 dan assigment 2 ,,rezeki  Allah telah memihak kepada saya ,, 2008 telah mengubah penghidupan saya ,, satu tawaran dari HR untuk menjawat sebagai trainer saya terima dengan senang hati ,,kebetulan syarikat telah membuat perubahan besar2an pada tahun itu.dan paling gembira gaji saya telah di naikkan sebanyak 30% dari bulanan .. Alhamdullilah ,,pakaian saya harian pun kena kemas ,cakap pun dah lain ,,Cikgu lah katakan  cikgu enginneering ,,orang pun hairan dan berkata ..terkejut semua bila tiap kali ada training dan kursus saya yang handle .. dalam hati saya semua berani berubah,, change starts with me..