Saturday, September 4, 2010

bermula dengan diri sendiri.......

aku dilahir dari family orang sederhana susah 47 tahun lalu,, disebuah pekan hujung Selangor.tamat saja bangku sekolah kebangsaan ,,aku mengorak langkah ke sek men dengan harapan orang tua ku supaya aku menjadi orang berpangkat dan berjawatan ,, sebabnya pakcik2 saya pun mempunyai live yang membanggakan masa tu sekitar tahun1980an,nak dijadikan cerita lak ,bapa saya ni kan bukan kisah sangat tentang pelajaran saya ,,
orang tak berharta macam saya ni segan nak berkawan orang bandar bila mana ada aktiviti sekolah selalu saya tolak bermacam2 alasan ,,sebenar saya tidak punyai pakaian yang sesuai bila ada koku,,
apa lagi nak membeli buku tambahan SRP masa tu.. tuisyen jauh sekali..dalam diam2 saya bernekad apa saja asal saya lulus  periksa..Allah uji aku gagal periksa SRP ,,dunia gelap ,,ialah mana aku nak tuju tanpa kelulusan..
aku memohon belajar ulang diterima ,,gembira bukan kepalang,,
seperkara dalam kehidupan saya tidak dapat dilupakan sehingga kini saya disindir oleh saudara mara sebelah ayah saya ,,kau datang sini buat apa? nak pinjam apa?buat apa ko kemari seribu soalan yang belum sempat  saya jawab,, terkedu lidah saya ,,lantas saya pulang kerumah tanpa memberitahu kedua orang tua saya,,
saya menangis ditepi simpanan padi sebelahan rumah saya.setelah saya puas menangis saya berjanji akan bangun dari anggapan dan kemiskinan dan keturunan..saya merantau ke PJ kerja sebagai buruh dengan gaji RM400.. besar giler waktu tu,,6 bulan saya pulang kekampong ..dengan harapan untuk bertemu orang tua saya,, macam2 cerita saya dengan mengapa tak singgah rumah dah sombong pulak,,dah singgah ngapa tak naik rumah ,,dah naik rumah ,,aii duduk kat lantai lak,,setelah 20 tahun saya berkhidmat dengan syarikat kereta gergasi Msia saya menyambung belajar sebab budget syarikat lagi pun senang naik pangkat ,,pengalaman ada sijil taada pun susah jugak,,alhamdulilah pertama kali saya menjejaki kemenara gading UUM .. setelah hampir 2 tahun saya menghambakan diri dengan module2 dan assigment 2 ,,rezeki  Allah telah memihak kepada saya ,, 2008 telah mengubah penghidupan saya ,, satu tawaran dari HR untuk menjawat sebagai trainer saya terima dengan senang hati ,,kebetulan syarikat telah membuat perubahan besar2an pada tahun itu.dan paling gembira gaji saya telah di naikkan sebanyak 30% dari bulanan .. Alhamdullilah ,,pakaian saya harian pun kena kemas ,cakap pun dah lain ,,Cikgu lah katakan  cikgu enginneering ,,orang pun hairan dan berkata ..terkejut semua bila tiap kali ada training dan kursus saya yang handle .. dalam hati saya semua berani berubah,, change starts with me..

No comments:

Post a Comment